Sama seperti kebanyakan industri yang lain, industri papan tanda iklan juga mempunyai trend perkembangan yang tersendiri. Kini, “Papan Tanda 3D LED” telah menjadi papan tanda iklan yang paling popular baik di dalam mahupun di luar negara.
Sebagai pakar dalam pembuatan papan tanda 3D LED, kami memiliki jentera pembuatan huruf timbul 3D LED yang profesional untuk menghasilkan papan tanda 3D LED tersuai kepada pembekal papan tanda dan juga entiti perniagaan yang biasa.
Papan tanda 3D LED paling digemari oleh 3 golongan seperti berikut:
Kelebihan seperti berikut telah menjadikan papan tanda 3D LED pilihan utama di pasaran:

Ia antara objek pertama yang menarik perhatian pelanggan dan mampu meningkatkan imej jenama syarikat dengan serta-merta;

Ia jauh lebih indah, menarik dan berkelas jika berbanding dengan papan tanda konvensional;

Kami menyediakan tulisan tersuai yang merangkumi bahasa Inggeris, Cina dan Melayu;

Huruf timbul 3D LED menyajikan keindahan yang bervariasi dengan pelbagai jenis tulisan dan warna yang berbeza;

Papan tanda 3D LED lebih tahan lama dan dapat memaksimumkan keberkesanan kos;




Kami menyediakan dua penyelesaian untuk menghasilkan papan tanda 3D LED yang indah dan menarik seperti berikut:
Kami menyediakan perkhidmatan papan tanda yang komprehensif dan sehenti dari A hingga Z, iaitu bermula dari reka bentuk hingga pemasangan. Perkhidmatan kami meliputi kawasan sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Seremban dan Bahau;
Kami menghasilkan papan tanda 3D LED yang disesuaikan mengikut permintaan anda, kemudiannya dihantar dengan segera kepada anda untuk dipasang oleh pembekal papan tanda pilihan anda. Cara ini dapat membantu anda menjimatkan kos pembuatan papan tanda setinggi 40%;
* Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut mengenai jaminan produk.
Anda akan mendapat ketenangan jiwa jika anda hanya menempah papan tanda 3D LED tersuai (tanpa pemasangan) daripada kami kerana kami berpengalaman dalam menyediakan tempahan tersuai kepada ramai pembekal papan tanda dan entiti perniagaan yang biasa, justeru itu kami memahami kebimbangan anda dan sentiasa berdedikasi untuk menyediakan penyelesaian pemasangan yang komprehensif kepada anda.







































